Thursday, May 9, 2013

Friday, December 7, 2012

Esk Angah Bakal Bertunang

Tghari hari nanti nk balik kg sebab esk Angah bakal bertunang. Kalo la msh de baki cuti kan best leh balik awal tlg pe yg patut. Huhuhuhu ni la nasib badan. Padan muka xreti nk arrangekan cuti tu btl.... hahaha marah tuk diri sndiri.

Hah? tghari ni nk balik aiyooo baju lum packing lg ni. Ingat nk packing mlm td tp rasa xlarak plak xpe sempat la Hubby kan rajin mmbantu pe yg patut. Hehehe....

Aku nk share pic sblm majlis, tempahan pelamin n make up, design bj dan lain2.

  • Gubahan - Kami 3beradik buat sama2... Idea totally harus la aku kan klong katakan
  • Pelamin n Make up - Iwan Fancy KLIK NI
  •  Caterer - Katering Selera Kampung
  • Baju Tunang - Direka sendiri oleh Angah KLIK NI
  •  Baju Family - Pun Angah yg jahitkan… taylor katakan sume nk buat sndiri termasuk kemeja Papa, Hubby n Aqif



Pelamin masa nk sarung cincin ni. Pic pelamin yg belum siap 100% tunggu majlis dh selesai kita tgk pic yg btl2 eh..

Baju utk majlis tunang esk... Cun x?
Ini plak bj Mami n Aisy tuk pakai esk.. xsbr nk pakai ni. Cun x? Pandaikan Angah jahit - cewah promote adik sndiri la plak! Baju Mama n Adik pun cmni gak
 Actually utk Papa, Hubby & Aqif Angah buat kemeja tp sory picnya xde la. Dah suh Angah tp dia ckp tgk je nt smpai umah... huhuhuhu

-
--
---
----
-----
------
-------
--------
---------
----------
-----------

Sentiasa mendoakan utk majlis esk! 
Ini salah satu harapan mama nk tgk anak2nya gembira n bahagia...




Putera Kami....

Citer dah basi dh so xde la eh nk story pnjang2 bg info mane yg perlu. 


11 April 2012 ~ Lahirnya Putera Yang Dinanti

Fresh From Heaven, Our Little Caliph
Wan Aqif Iskandar bin Wan Mohd Erwan Kamaruddin
Born On 0112, 11th April 2012 At Hosp Raja Perempuan Zainab II, Key B
Via Normal Delivery

As-salam...  Cucu Lelaki Sulung Keturunan Tokpa.....
After 3 Hour Delivery











Baby Boy yg ditunggu2.... Alhamdulillah Doa Dimakbulkan



44Hari.. Dah lenkan muka Aqif


Latest Aqif.... Already 7month. Huh, cometttttt!!!















Thursday, December 6, 2012

PNEUMONIA



 Sebelum tu sape2 yg musykil nape Mami Bety nk share psl PNEUMONIA KLIK NI


Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai..


  APA ITU PNEUMONIA?
 
Jangkitan di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Pneumonia adalah jangkitan kuman di tisu paru-paru. Ia adalah jangkitan virus atau bakteria streptococcus (S.) Pneumonia yang biasa menyerang di kalangan kanak-kanak dan orang-orang tua. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini melibatkan keadaan yang tidak serius sehinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa. Dianggarkan seorang bayi meninggal dunia setiap minit di seluruh dunia akibat jangkitan ini.

Simptom dan Tanda-tanda
Ia berbeza-beza mengikut usia dan bergantung kepada masalah yang dihadapi sama ada; 
  • Meningitis : demam, meragam, sakit kepala, muntah dan pengsan. 
  • Radang paru-paru : boleh menyebabkan demam, susah bernafas, batuk, sakit dada dan hilang selera makan. 
  • Otitis Media (Jangkitan telinga tengah) : sakit telinga, susah mendengar dan kadangkala demam. 
Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami; 
  • demam panas 
  • batuk dengan atau tanpa kahak [Batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning, hijau, perangan atau mungkin mengandungi darah (mukus dikeluarkan dari paru-paru)] 
  • sakit dada 
  • tiada selera makan, tidak mahu makan 
  • rasa tidak sihat, sering merengek 
  • pernafasan laju atau susah bernafas 
  • muntah atau cirit birit 
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun kerana mereka mudah kekurangan air (dehidrasi) dan kekurangan oksigen 

Rawatan untuk Jangkitan di Paru-paru
Jenis rawatan adalah bergantung kepada tahap jangkitan 
  • Tidak serius dan disebabkan oleh virus : sistem imunisasi badan akan memainkan peranan untuk melawan penyakit ini, doktor akan memberi ubat dalam bentuk pil dan anak anda perlu rehat secukupnya dan minum air yang banyak 
  • Tidak serius dan disebabkan oleh bakteria : doktor akan memberi antibiotik dan ubat yang sepatutnya 
  • Jangkitan yang lebih serius akan diberi ubat melalui suntikan 
  • Jangkitan yang berlarutan dan menjadi kritikal : anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapat oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain
Langkah-langkah Pencegahan 
  • Mengekalkan amalan cara hidup sihat 
  • Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik 
  • Meneruskan penyusuan susu ibu 
Mengambil imunisasi bagi mencegah jangkitan kuman di paru-paru seperti; 
  • vaksin pertussis (batuk kokol) 
  • vaksin measles (demam campak) 
  • vaksin influenza 
  • vaksin pneumococcal 
Berjumpalah doktor sekiranya.... 
  • Gejala-gejala masih berterusan 
  • Suhu badan meningkat lebih 380C dan berterusan 
  • Kesesakan nafas semakin teruk 
  • Batuk yang berpanjangan
  • Kahak berubah warna
  • Sesak dada
  • Kulit, kuku tangan dan kaki menjadi biru 
  • Kahak mengandungi darah
  • Muntah, loya dan mengalami cirit-birit
  • Fikiran terkeliru
  •  *Sekian. Sedikit info dari Saya* 

Aisy Admit!!! Pneumonia??????

Mula2 Aisy demam.... suhu 39.4c
 Mula2 amik darah kt RSAT. tau x RSAT tu apa?

 Anak Daddy kan... sume Daddy

1st day... Ni mula2 Aisy dpt katil.... Ward Pediatrik Bed 28
mmg luluh hati mati tgk Aisy... airmata laju je ngalir :(

 2nd day... baring je. mkn minum mmg kena pujuk kaw2nya

 Bantal busuk mmg xleh jauh :) 
Ulat bulu tu comeykan... Uncle Wan bg tq

 Benda ni gunanya tuk sedut KAHAK Aisy... mmg xsmpai ati nk tgk
msk tiub dlm2 kt hidung n mulut pastu sedut la cara dia lebih kurang vacum!

3rd day
Mula2 tgn kiri pastu tkr kanan pastu kaki kiri pastu tukarrrrrr lg kaki kanan
tuk msk air n msk ubat cucuk je kt situ. ubt antibiotik! yg antibiotik mkn pun kena amik jgk

3rd day
Baru pas amik darah tiap2 hari kena amik drh tu yg smpai lebam... kesian sgt kt Aisy

 Act ni pic 1st day
Oreo, vitagen n nutrigen tu Tokpa kirim tuk Aisy...

 3rd day
Apa lg Upin Ipin la....

 Plzzzzz don't disturb me!!!!  hahahaha... nmpk dok dtg terus berselimut

Mula2 dpt katil... Aduiiii Aisy Mami mmg xleh nk thn sebak waktu. Berat Aisy turun 3kg!!!


Alhamdulillah Ais dh sihat dh mkn pun dh selera... Lega hati Mami n Daddy bila tgk senyuman Aisy!!! :)


Hapy Bufday to Me...

Bismillahhirahmanirrahim...

Alhamdulillah Syukur diatas segala kurniaMu Ya Allah dihari ini aku masih dapat bernafas dan menikmati segala pemberiaanMu Ya Allah... Terima Kasih Ya Allah...

Hari ni 6 Disember 2012 maka genaplah umurku 29 tahun (tang umur ni xleh besar kasi kecik je font tu) hehehe.. Wuuuhuuuuuu 29 dah! That's mean ini bufday terakhir di angka '2' la kan! Oh noooooooo....... Semacam tak percaya pula.. Rasa macam sweet 17 jek hahaha *sila muntah*

Apapun "Age is just a number OK! So don't StoP having Fun!" Ekeke ayat xblh blah okey!!!

Dihari istimewa ini juga aku berharap semoga Allah berikan kesihatan yang baik kepadaku supaya aku dapat menjaga anak2 (Aisy n Aqif) dan Hubby dengan sebaik-baiknya. Dimurahkan rezeki selalu dan dipanjangkan umur supaya dapat beribadat kepadaMu...

To my hubby, tq suprise mlm td beria2 eh brpakat dgn Aisy. Pengakuan ikhlas, Mami dh leh jangka dh tp buat xtau je nt kan trbantut lak suprise Daddy tu.... Opsss, present? Wowwwwwww.... sory xleh nk citer kt sini la wat sementara waktu nt org ckp aku 'Cewi' lak.... Mami sonok sgt, luv u b



Sory Pic yg xseberapa....  
Hubby tulis Selamat Hari Lahir Sayangku 29thn Sudah Luv U...



Amin Amin Amin Ya Rabbalalamin....


"Hepi bufday to me" ;)

Wednesday, December 5, 2012

Mata Juling!

Alamak eh nek juling mata Mami Bety nk edit2 kasi okey sikit blog mami ni. Mana xnya dh berkurun dh bukak blog ni... Aku xder le kreatif metif sgt tp okey la dlm tu....    Aku tgh semangat giler2 ni nk update blog akhir2 ni mcm2 hal blaku dgn Aqif demam  Aisy ADMIT. Oh nooooooooo, berat sgguh dugaan!

 Nati sy story k.... tunggu. Nak citer skrng xbest ar coz ni dh kul 4.30pm nt Mami xpuas lak nk menaip. Mlm ni ke esk ke. tggu eh.............. Opppssss de ke yg nk baca story mami :( 

ingat lg x ank sulung mami??? Klik ni

Tuesday, October 9, 2012

Perghhhh... lama dh blogku menyepikan diri!

Ari ni ari Selasa tarikh 9oktober2012 .... bmakna dah hmpir 2thn lebih blog aku ni xdiuruskan... hahahahahhahahaha.... bz la beb. bz sbgai 'ayg', 'mami' n sbg seorg kakitangan awam ... ko ada??? gurau je....

 dlm kepala ni dh de mcm2 nk citer yelah hasil 2 thn dok kumpul. xpe nt kite story mory ye mami bety de keja sikit nk settle. nk kena siapkan sijil bg 2kursus yg tgh jln tu....



 selitkan skpng pic.. dlm ms 2thn lebih ni bertambah sorang lg zuriat kami... ada princess n prince

Friday, April 16, 2010

Bila Norbaiti Penat

Ya Ampun.... Ari nie aku lmbat 1jam... ngok btl laa camni. eeeeeeeeeeeeeee.... gerasm btl laa. aku xsuka laa lmbat dtg keja. mana xnyer kul 6.55 br tersedar. kejut aku...

Thursday, April 15, 2010

KANDUNGAN NUTRIEN DAN KEBAIKAN SPIRULINA

Protein & Acid Amino


Asid Lemak dan lain-lain Lipid yang mustahak ;Vitamin & Zat GalianAsid Gamma Linolenic (GLA)Karbohidrat, Pigmen & EnzimProtein & Acid Amino


Spirulina mengandungi kandungan protein tertinggi berbanding dengan mana-mana pemakanan asli (65%) melebihi daripada daging dan ikan (15%-25%), kacang soya (35%) dan telur (12%).
Spirulina adalah sumber protein yang lengkap memandangkan ia mengandungi segala asid amino yang penting.
Ia mudah dihadamkan dan menyerap (85%-95%) kerana dinding sel mukopolisakaridanya yang lembut dan tidak mengandungi selulosa (fiber atau serat).
Penghadaman dan penyerapan adalah mustahak bagi manusia yang kekurangan nutrien, orang dewasa dan usus yang malserapan


Asid Lemak dan lain-lain Lipid yang mustahak

Spirulina secara praktiknya tidak mengandungi lemak/100g dan tidak mengandungi kolesterol.
Ia bagaimanapun sumber pekatan GLA(gamma linoleic acid). Ia membantu dalam menyeimbangkan pengujudan kolesterol, keadaan kulit dan sebagainya.



Vitamin & Zat Galian

1. Spirulina mengandungi makanan terkaya dalam Beta-Carotene (pro-vitamin A) 10 kali lebih dari lobak.

2. Badan manusia boleh menukar Beta-Carotene kepada vitamin A apabila diperlukan.

3. Vitamin A adalah mustahak dalam mengekalkan lendir selaput (Mucus Membrance) dan pigmen sesuai untuk penglihatan.

4. Beta-Carotene boleh mengurangkan kolesterol dan mencegah kanser.

5. Spirulina adalah sumber utama Vitamin B12. Vitamin ini mustahak bagi menghasilkan sel darah merah, sumsum tulang dan membina sistem saraf.

6. Kebanyakkan tumbuhan serta sayuran tidak mengandungi B12. Vegetarian atau pemakan sayuran perlu mengambil Spirulina untuk menggantikan kekurangan vitamin B12.

7. Vitamin B12 juga membantu mengurangkan risiko serangan lemah jantung dan strok.

8. Spirulina juga merupakan sumber terkaya zat besi (50 kali lebih daripada bayam)

9. Penyerapan zat besi dalam Spirulina adalah 60% lebih baik daripada mana-mana iron supplement seperti `iron sulphate dan sebagainya.

10. Zat besi adalah mustahak bagi menguatkan sel darah merah dan sistem imun yang sihat.

11. Spirulina merupakan salah satu makanan kalsium yang utama, membekalkan lebih kalsium daripada susu. Kalsium adalah mustahak bagi tulang yang sihat dan menghalang penyakit `Osteoporosis.

12. Spirulina juga mengandungi magnesium, kromium, selenium, kuprum dan zat besi.

13. Kromium merupakan faktor utama menghalang serta merawat penyakit diabetes.


Asid Gamma Linolenic (GLA)



GLA, pelupur kepada prostaglandin badan yang terdapat di Spirulina, telah menunjukkan secara kimia dengan kesan bermanfaat ke atas keseluruhan sistem hormon, tekanan prahaid, penurunan kolesterol, sakit jantung, sakit kulit, masalah kesuburan payudara, kanak-kanak yang `hyperactive, arthritis dan sebagainya.



Karbohidrat, Pigmen& Enzim

i.) Spirulina mengandungi 15% - 25% Karbohidrat dan gula yang mudah diserapkan oleh badan dengan penglibatan minima insulin. Ia memberikan tenaga segera.


ii.) Pigmen seperti Phycocyanin dan Klorofil membantu membina lebih enzim sesuai untuk mengawal metabolisma badan.

iii.) Spirulina mengandungi bilangan enzim. Salah satu daripadanya adalah `Superoxide dismutase (SOD) . Ia adalahmustahak untuk mengeluarkan radikal bebas dan melewatkan proses penuaan.

BERKHASIAT DAN MERAWAT


TONIK OTAK
KENCING MANIS
BUAH PINGGANG
SAKIT SENDI
GOUT
MIGRAIN
BARAH
GASTRIK
MEMBERSIHKAN USUS
RADANG HATI
RADANG PARU-PARU
ANEMIA
LUKEMIA
PENYAKIT KULIT
HIV / AIDS
IBU MENGANDUNG
SAKIT JANTUNG
IBU MENYUSUKAN ANAK
KANAK-KANAK
MENAMBAH TENAGA
DARAH TINGGI
LUKA
MELECUR
MELANCARKAN DARAH
MENCANTIKKAN KULIT
PENYAKIT CEPAT SEMBUH
AWET MUDA
HAIWAN PELIHARAAN
MENYEGARKAN TUBUH
SISTEM KETAHANAN BADAN
SINDROM PUTUS HAID
SUKAR TIDUR
MELEGAKAN BATUK
MENGELUARKAN KAHAK
LELAH (ASMA)
NYANYOK (ALZHEIMER)
PARKINSON
TIROID
TEKANAN (STRESS)
BUASIR