Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Fourth Birthday tickers


Lilypie Second Birthday tickers


Thursday, December 6, 2012

PNEUMONIA



 Sebelum tu sape2 yg musykil nape Mami Bety nk share psl PNEUMONIA KLIK NI


Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai..


  APA ITU PNEUMONIA?
 
Jangkitan di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Pneumonia adalah jangkitan kuman di tisu paru-paru. Ia adalah jangkitan virus atau bakteria streptococcus (S.) Pneumonia yang biasa menyerang di kalangan kanak-kanak dan orang-orang tua. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini melibatkan keadaan yang tidak serius sehinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa. Dianggarkan seorang bayi meninggal dunia setiap minit di seluruh dunia akibat jangkitan ini.

Simptom dan Tanda-tanda
Ia berbeza-beza mengikut usia dan bergantung kepada masalah yang dihadapi sama ada; 
  • Meningitis : demam, meragam, sakit kepala, muntah dan pengsan. 
  • Radang paru-paru : boleh menyebabkan demam, susah bernafas, batuk, sakit dada dan hilang selera makan. 
  • Otitis Media (Jangkitan telinga tengah) : sakit telinga, susah mendengar dan kadangkala demam. 
Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami; 
  • demam panas 
  • batuk dengan atau tanpa kahak [Batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning, hijau, perangan atau mungkin mengandungi darah (mukus dikeluarkan dari paru-paru)] 
  • sakit dada 
  • tiada selera makan, tidak mahu makan 
  • rasa tidak sihat, sering merengek 
  • pernafasan laju atau susah bernafas 
  • muntah atau cirit birit 
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun kerana mereka mudah kekurangan air (dehidrasi) dan kekurangan oksigen 

Rawatan untuk Jangkitan di Paru-paru
Jenis rawatan adalah bergantung kepada tahap jangkitan 
  • Tidak serius dan disebabkan oleh virus : sistem imunisasi badan akan memainkan peranan untuk melawan penyakit ini, doktor akan memberi ubat dalam bentuk pil dan anak anda perlu rehat secukupnya dan minum air yang banyak 
  • Tidak serius dan disebabkan oleh bakteria : doktor akan memberi antibiotik dan ubat yang sepatutnya 
  • Jangkitan yang lebih serius akan diberi ubat melalui suntikan 
  • Jangkitan yang berlarutan dan menjadi kritikal : anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapat oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain
Langkah-langkah Pencegahan 
  • Mengekalkan amalan cara hidup sihat 
  • Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik 
  • Meneruskan penyusuan susu ibu 
Mengambil imunisasi bagi mencegah jangkitan kuman di paru-paru seperti; 
  • vaksin pertussis (batuk kokol) 
  • vaksin measles (demam campak) 
  • vaksin influenza 
  • vaksin pneumococcal 
Berjumpalah doktor sekiranya.... 
  • Gejala-gejala masih berterusan 
  • Suhu badan meningkat lebih 380C dan berterusan 
  • Kesesakan nafas semakin teruk 
  • Batuk yang berpanjangan
  • Kahak berubah warna
  • Sesak dada
  • Kulit, kuku tangan dan kaki menjadi biru 
  • Kahak mengandungi darah
  • Muntah, loya dan mengalami cirit-birit
  • Fikiran terkeliru
  •  *Sekian. Sedikit info dari Saya* 

No comments: