Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Fourth Birthday tickers


Lilypie Second Birthday tickers


Thursday, April 15, 2010

KANDUNGAN NUTRIEN DAN KEBAIKAN SPIRULINA

Protein & Acid Amino


Asid Lemak dan lain-lain Lipid yang mustahak ;Vitamin & Zat GalianAsid Gamma Linolenic (GLA)Karbohidrat, Pigmen & EnzimProtein & Acid Amino


Spirulina mengandungi kandungan protein tertinggi berbanding dengan mana-mana pemakanan asli (65%) melebihi daripada daging dan ikan (15%-25%), kacang soya (35%) dan telur (12%).
Spirulina adalah sumber protein yang lengkap memandangkan ia mengandungi segala asid amino yang penting.
Ia mudah dihadamkan dan menyerap (85%-95%) kerana dinding sel mukopolisakaridanya yang lembut dan tidak mengandungi selulosa (fiber atau serat).
Penghadaman dan penyerapan adalah mustahak bagi manusia yang kekurangan nutrien, orang dewasa dan usus yang malserapan


Asid Lemak dan lain-lain Lipid yang mustahak

Spirulina secara praktiknya tidak mengandungi lemak/100g dan tidak mengandungi kolesterol.
Ia bagaimanapun sumber pekatan GLA(gamma linoleic acid). Ia membantu dalam menyeimbangkan pengujudan kolesterol, keadaan kulit dan sebagainya.



Vitamin & Zat Galian

1. Spirulina mengandungi makanan terkaya dalam Beta-Carotene (pro-vitamin A) 10 kali lebih dari lobak.

2. Badan manusia boleh menukar Beta-Carotene kepada vitamin A apabila diperlukan.

3. Vitamin A adalah mustahak dalam mengekalkan lendir selaput (Mucus Membrance) dan pigmen sesuai untuk penglihatan.

4. Beta-Carotene boleh mengurangkan kolesterol dan mencegah kanser.

5. Spirulina adalah sumber utama Vitamin B12. Vitamin ini mustahak bagi menghasilkan sel darah merah, sumsum tulang dan membina sistem saraf.

6. Kebanyakkan tumbuhan serta sayuran tidak mengandungi B12. Vegetarian atau pemakan sayuran perlu mengambil Spirulina untuk menggantikan kekurangan vitamin B12.

7. Vitamin B12 juga membantu mengurangkan risiko serangan lemah jantung dan strok.

8. Spirulina juga merupakan sumber terkaya zat besi (50 kali lebih daripada bayam)

9. Penyerapan zat besi dalam Spirulina adalah 60% lebih baik daripada mana-mana iron supplement seperti `iron sulphate dan sebagainya.

10. Zat besi adalah mustahak bagi menguatkan sel darah merah dan sistem imun yang sihat.

11. Spirulina merupakan salah satu makanan kalsium yang utama, membekalkan lebih kalsium daripada susu. Kalsium adalah mustahak bagi tulang yang sihat dan menghalang penyakit `Osteoporosis.

12. Spirulina juga mengandungi magnesium, kromium, selenium, kuprum dan zat besi.

13. Kromium merupakan faktor utama menghalang serta merawat penyakit diabetes.


Asid Gamma Linolenic (GLA)



GLA, pelupur kepada prostaglandin badan yang terdapat di Spirulina, telah menunjukkan secara kimia dengan kesan bermanfaat ke atas keseluruhan sistem hormon, tekanan prahaid, penurunan kolesterol, sakit jantung, sakit kulit, masalah kesuburan payudara, kanak-kanak yang `hyperactive, arthritis dan sebagainya.



Karbohidrat, Pigmen& Enzim

i.) Spirulina mengandungi 15% - 25% Karbohidrat dan gula yang mudah diserapkan oleh badan dengan penglibatan minima insulin. Ia memberikan tenaga segera.


ii.) Pigmen seperti Phycocyanin dan Klorofil membantu membina lebih enzim sesuai untuk mengawal metabolisma badan.

iii.) Spirulina mengandungi bilangan enzim. Salah satu daripadanya adalah `Superoxide dismutase (SOD) . Ia adalahmustahak untuk mengeluarkan radikal bebas dan melewatkan proses penuaan.

BERKHASIAT DAN MERAWAT


TONIK OTAK
KENCING MANIS
BUAH PINGGANG
SAKIT SENDI
GOUT
MIGRAIN
BARAH
GASTRIK
MEMBERSIHKAN USUS
RADANG HATI
RADANG PARU-PARU
ANEMIA
LUKEMIA
PENYAKIT KULIT
HIV / AIDS
IBU MENGANDUNG
SAKIT JANTUNG
IBU MENYUSUKAN ANAK
KANAK-KANAK
MENAMBAH TENAGA
DARAH TINGGI
LUKA
MELECUR
MELANCARKAN DARAH
MENCANTIKKAN KULIT
PENYAKIT CEPAT SEMBUH
AWET MUDA
HAIWAN PELIHARAAN
MENYEGARKAN TUBUH
SISTEM KETAHANAN BADAN
SINDROM PUTUS HAID
SUKAR TIDUR
MELEGAKAN BATUK
MENGELUARKAN KAHAK
LELAH (ASMA)
NYANYOK (ALZHEIMER)
PARKINSON
TIROID
TEKANAN (STRESS)
BUASIR



2 comments:

nAnA said...

ko curik dr mne lak info spirulina nie...huhuhu..ko pun bkn mkn spirulina ni kan..haha

Mummy Bety said...

hihihi...de laa dr 1 sumber yg membantu aku.... esk@lusa@lulat aku mkn ar...thats aku dok search spirulina ni...