Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Fourth Birthday tickers


Lilypie Second Birthday tickers


Friday, November 13, 2009

Hadirnya Cinta Hati Ku




Setelah 2bln lebih usia perkahwinan aku n suami iaitu pada 26.12.2008 kami mendapat khabar gembira MySpacedi mana aku disahkan hamil. Patut laa asyik pening n lemah2 jer bdn ni…MySpaceSblum 2 aku ada jgk test kehamilan kat umah setelah terlewat period. Hubby aku laa insan yg paaaaling hapi dgr berita tersebut..kegmbiraan itu kami kongsi bersama ahli keluarga. Papa n mama aku ckp hapi maklum laa nk dpt cucu sulung ni.ank aku nati merupakan cucu n cicit sulung belah famili aku…..

Seawal 3 bln pertama, aku mengalami alahan yg agak teruk laa bg aku laa (kalo org len xtau laa kan). Pagi2 mmg wajib dah muntah2 ni…mlm pun sama. Huh…mujur laa my hubby alwaz bg support. Tlg2 mane yg patut… dlm ms 3bln pertama aku mmg xlalu nk mkn nasi. Mesti nk termuntah jer… huhuhuhu… pas2 keinginan jer nk mkn maknan mat salleh jer….hahaha..panahan org pgnant cmni laa… tp best gak pe yg nk sume dpt. Org2 skeliling pun sume layan aku ngan baik2. Indah nya dunia…msk jer bulan ke selara aku mula bertmbah2. Pe yg terhidang sume aku layan….KECUALI tochu n tempe(yg ni nana tau laa aku xsuka). Tgk benda terbantut selera aku… berat mkn aku pun dh mula meningkat…dr 1 kg ke 1 kg…tp kan perut aku xdr laa besar sgt pun kecik molek jer(puji diri sednri). Btl, mmg xbesar sgt.sedang2 jer… xcaya tnya laa org2 yg rapar dgn ku… bl pgnant ni biasa laa soalan favourite yg akan dia tanya…dh scan ker?girl or boy?bape bln dh?bila due?nk bersalin kat mane nati? Itu laa yg sering di tanya berkali2……..

Jwpannya…dh scan dh. Doc ckp mayb aku dpt baby girl laa kot…mmg ada gak laa org ckp aku akan baby girl nati. De sorang jer ckp boy. Dia 2 adalah NUR EMALISA…hahaha…erm…ms tgh pgnant ni aku mmg dpt rasa baby aku nati girl. Tp aku xkisah pun girl or boy. Yg penting sume selama n sihat…tarikh due aku, jeng3 hihi. Mengikut jangkaan doc berdasarkan tarikh period aku ni pada 13 Ogos 2009. Jwpan tuk soalan seterusnya ni mmg membuatkan aku sedar. Aku dr awal2 dh tau pgnant mmg NIAT nk bersalin kat kg, kat KB la. Konon2 nya sebab aku n hubby kan org Kelantan so my baby nati mesti laa bersalin kat kb coz dlm ic dia nati mesti kena ‘03’. Tu laa yg aku harapkan sepnjang tmpoh kehamilan…msk ke mggu 16 aku mula terasa ssuatu yg menendang perut.wahhh!!! adakah ini gerakan dr anak ku….hapynya aku. Anak ku dh mula mmberi respons wpun dr dlm perut… saat ini laa terasa kenikmatan hamil dan ini membuatkan aku semakin xsabar nk bersalin wpun itu yg amat mendebarkan ku. Maklum la ini pengalaman pertama ku… Bermula dr saat itu aku sentiasa mnantikan pergerakan anak ku begitu jg lah ngan my hubby… perut ku pun semakin membesar. Kdg2 my hubby akan membacakan doa, berselawat dan bercakap dgn anaknya smbil meletakkan tgn di atas perut ku… mmg indah saat ku. Hari ke hari pergerakan dan tendangannya semakin kuat. Bergoyang2 perut aku ni…

Dari sebulan ke sebulan akhirnya kandungan ku telah mencecah ke bulan ke 9... Wah!!! Cam cepat laa plak. Bermakna dlm ms 4 minggu lagi aku akan bersalin. Ini bermakna dalam bila2 masa shaja aku n hubby akan bergelar mummy n daddy. Kami jg seolah sudah tak sabar nak mendengar tangisan anak kami ini. Aku juga dah tak berapa lagi nak aktif. kalo dulu aku rajin juga laa berjalan ke kantin 2 tp dlm ms pregnant ini aku ckp xlarat so mangsa aku ialah AIDATUL AZRIENA AZHAR. Dia laa aku selalu jadi mangsa aku tuk beli makanan kat kantin 2. To NANA, tq…luv u. Kgkwn len pun aku syg korang gak to kakct, sya, makcik fauziah,emma,saf1 n sume t.qqqqqqqqq. To MY bestf, NOR IRRUANI CHE ISA t.q jgk sentiasa amik berat ko tiey wpun kita jarang jmpa. Tiey sayang niey gak…. MySpaceDalam masa ni semua barang2 baby aku dah siapkan…yang nak bwk ke Hosp aku dh stand by letak dlm keta. Yg nak bwk balik kg aku dh msk dlm beg siap2… tggu masa nak push jer….hahahaha

Pada malam 31julai (JUMAAT) aku terasa badan aku ni panas cam demam jer. Hubby pun ckp bdn aku ni panas. Malam tu aku lgsung xleh tido. Perut ni sakit semacam jer…. Tido kejap pas2 terjaga. Pas2 aku asyik keluar masuk toilet jer terasa cam nak mmbuang jer. Bila masuk xde la plak. Dari 1 jam ke 1 jam cam2 laa aku. Pusing kanan xleh pusing kiri pun xleh. A.wan aku pun dh susah hati dah. Kebetulan ma aku jaga pa kat hospital kajang n pagi 1ogos(SABTU) adik bongsu aku (adek) akan sampai dari k.bharu. So pagi 2 dlm kul 6.00 hubby kuar g amik adik n tggal laa aku sorang2 kat umah menahan sakit. Ya TUHAN jer tau betapa sakit. Then aku kol my SIL gtau dia. Kata kakha 2 tanda sakit nak bersalin. Kesakitan 2 datang setiap 7-8 minit. Dalam kul 10lebih (pagi ni) hubby terus bawak aku ke PPUM. Dalam kepala aku masa tu ‘alaaa, nampaknya aku kena terpaksa bersaliln kat K.L ni juga la.aduh frustnya’. Ha, sempat lagi aku fikirkan 2. Sampai jer di PPUM aku terus dimasukkan ke LABOUR room. Kat PPUM ni husband xleh masuk. Bila dah masuk dlm labour room 2 aku dimasukkan dlm 1bilik. Bilik ni tuk patient tukar baju n akan disoal beberapa soalan. Macam2 laa nurse 2 tanya. Aku lupa dah nama nurse 2… pas2 kan, kan, kan….jeng 3. Malu nk gtau tp xpelah…. Nurse 2 tanya aku dh mmbuang ke belum. Aku ckp laa belum pas2 ngan sesuka ati dia masukkan ubat ke dalam dot dot dot. Dalam masa 2 jgk aku terasa nak mmbuang. Pas2 aku dimasukkan ke dalam bilik yg pada awalnya aku xtau pe bilik ni. Aku dipasang alat di perut ni tuk mengetahui kekerapan kontraksi yang aku alami 2. Memang de laa konstraksi 2. aku juga dimasukkan air coz de demam n batuk2. Tapi mujur laa demam biasa jer. Risau gak aku masa coz masa 2 tgh heboh fasal H1N1. Dalam bilik yg aku dok 2 hanya memuatkan 2 patient jer. Katil sebelah aku ni tengah mengerang kesakitan… dapat jugak la aku dengar suara dia mengerang kesakitan. Aduh…takut n ngerinya aku rasa masa 2. Dalam pada ku doc dtg mmbuat pemeriksaan ke atas ku. Then doc cuba mmbuang air kencing ku melalui peralatannya. Ya ALLAH, sakitnya. Menjerit aku……………arhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, xnak. Mulanya memang malu jgk laa aku nk mgangkang tp terpaksa laa jgk. Katanya jalan tak terbuka pun lg n konstraksi aku 2 mula berkurangan. Setelah 2jam aku berperap dalam bilik 2 aku mminta izin tuk keluar makan bersama suami n adik ku di luar…dalam masa aku nak keluar 2 aku ‘tertengok’ beberapa org doc, nurse n bidan dok kalut2. Kalut apa aku xtau la. Di luar tempat suami n ahli keluarga menunggu aku makan bersama adik ku yg setia menanti. Hubby plak otw nak smpai coz dia g amik ma dari hosp kajang. Sambil makan sempat laa aku bersms n telefon mane yg sempat. Aku tgh dlm hp aku dh penuh ngan sms kgkwn. Yg sempat aku baca dr niey, nana, cikna, kakct, emma, a.mie n selebihnya aku xingat. Pas mkn kenyang2 n smpat jmpa hubby n ma aku terus msk. Sementara menuju ke bilik yg aku di tempatkan td aku tergamam melihat seorg nurse lalu sambil memdukung baby yang sedang menangis dan aku juga sempat melihat badan baby 2 penuh dengan lendir2 dan sedikit darah. Aku menoleh ke sebuah bilik dan aku dpt melihat………………………………………………. Doctor sedang menjahit dot dot dot…. Arghhh, btl ker apa yg aku lihat ni????? Rupanya kekalutan yg aku lihat td kerana ada patient yg hendak bersalin… patut laaaaaaaaaaa……. Aku kembali ke katil ku dan kejadian td membuatkan aku terfikir2. Mampukah aku berhadapan dgn saat2 kelahiran nanti?kuatkah aku? Dalam pada aku berfikir itu dtg seorang doc memberitahu aku akan di pindahkan ke wad sementara. Malam 2 aku tidak ditemani sape2 pun mmg tak dibenarkan. Aku juga tidak lg merasa sakit kat perut ni. Terus jer hilang…

2 ogos….aku dibenarkan pulang dan diberi mc selama 5hari. Nasib baik laa sepnjang tempoh itu aku ditemani ma n adik kat umah. Balik jer dari Pusat Perubatan tu, hubby lak demam. Erm…agak teruk gak laa demam dia. 2ari mc n sehari cuti. Cian hubby… agaknya dia demam frust kot coz aku xjd bersalin. Gempak sakit jer lebih. Hari mendatang ku lalaui seperti biasa.

10 ogos… aku masuk keja seperti biasa tanpa rasa sakit perut n demam Cuma batuk jer xhilang. Masuk jer keja sakan laa dok bercerita pngalamn msk labour room 2…hihihi. Petang 2 balik cam biasa. Pada kul 7 lbh (ni ptg laa erk) sedang aku dok iron baju keja hubby tiba2 aku terasa …………. Terasa apa???? Sabar la.hihihihi… aku terasa de air hangat mengalir laju dari celah paha terus ke tumit kaki aku. Adakah ini air…………………………….ketuban?hah!!! setahu aku bila kuar air ketuban bermakna……aku…..dah….nak….bersalin??? arghhhhh…semakin berdebar aku ni. Cpt2 aku kol ma, kakha, niey, ema, makcik fauziah….btl laa meraka ckp air ketuban dah 2. Cepat2 ktorg bersiap nk ke PPUM. Sekali lg aku dimasukkan ke labour room cum bilik jer berbeza. Doc check pe yg patut n doc mengesahkan tiada sebarang pembukaan pun! & air yg keluar 2 cumalah air lendir!!! Ada ker air lendir???xpenah tau lak psl 2… sekali lg bermalam laa aku di wad sementara 2. Esoknya aku terpaksa di scan bg memastikan sama ada air ktban or air lendir yg kuar 2 dan hasilnya menurut kata doc adalah air lendir. Keputusan itu membenarkan aku pulang dan aku mendapat mc selama 5hari. Hubby aku terpaksa mmbuat keputusan untuk menghantar aku pulang ke kg dengan alasan senang kat kg de org tua. Yelah,dh 2kali dok kuar msk PPUM 2. Malam 2 aku kemas mane yg patut. Yelah aku btl2 dh xlarat dah ni…. Dalam pada 2 air masih lg turun dan menyebabkan aku terpaksa pakai ‘pad’. Tepat jam 2.30pagi 12ogos aku n hubby mula bertolak balik kg tanpa sempat aku pesan pape kat neighbour aku. Otw balik 2 kami singgah breakfast di gua musang. Isi perut n rehat jap. Dan akhirnya kami sampai di rumah mertua ku pada pkl 10pg. aku ingat lg, aku de rasa sakit2 kat perut ni tp xder laaa kerap. Aku rehat jer…mmg xlarat la. Sib baik mertua aku ni memahami keadaan aku masa 2. Dalam masa aku dok tak larat 2, sempat lg aku dok mesej2 ngan kak ct. Masa 2 dia tgh berkursus kt bukit fraser. Pada kak ct, tq co de bagi petua kat aku tuk mmudahkan proses kelahiran. Petua apa??? Mane leh aku gtau kat cni… kalo nak tau kiter citer dpn2 k. erm….pas kakct gtau mySIL lak bg petua yg sama ngan kakct… t.q kakha.


Ptg 2 (12ogos) aku gerak pulang ke k.b lak tp sempat lg kami singgah di Pasar Siti khadijah. Shoping jap…. Mlm 2, pas mkn malam n borak hati aku mula rasa sedih. Menitis jgk laa air mata aku ni. Yelah, hubby aku dh nak gerak balik s.alam….beratnya ati nk lepaskan hubby balik. Perut malam 2 memang terasa laa kesakitan nya & air pun makin turun ni. Aku pun terpk2, air apakah ni & sakit apa yg aku rasa ni. Dalam kul 11lbh, aku terima 1 mesej. Ooo, dari hubby upanya. Mesej yg aku terima membuatkan ati ku berbunga riang. Aku ingat lg mesej 2 ‘ayg, b xjd balik s.alam. b sggah umah mek’. Alhamdulillah, bermakna husband aku sentiasa bersama laa. Malam 2, kesakitan makin terasa n makin kerap. Kejap sakit then hilang pas2 dtg lg pas2 hilang…sakit pe ni. Malam 2 mmg xleh nk tido laa aku ni. Kol hubby x di angkatnya. Dh berpuluh mesej dh… mmg laa dia tido tp xkan xsedar lgsung. Nk hilangkan rasa sakit 2 mcm cara aku buat. Kejap duduk, kejap berdiri, kejap baring, kejap bercangkung dan mcm2 lg laa tp sakit nya xhilang gak. Dlm dok sakit2 2 jam dah kul 6 pg dh. Hah!!! Xtdo pun aku ni. Dalam sakit2 2 aku masih mampu menunaikan solat subuh. Alhamdulillah… kesakitan mmg xtertahan lg sampai mngerang aku… rasa cam nak B---k pun ada. Hp hubby dh xleh kol dh. Bateri dh xder kot. melihat kesakitan aku, ma call my cousin n mnceritakn keadaan aku. Nasihatnya suruh aku segera ke hosp coz mgkin 2 tanda nak bersalin. Hmpir kul 9baru la aku dpt berckp ngan hubby n myuruh dia dtg ngan segera. Mulanya aku nk ke hosp dgn hubby pas2 ma, pa memujuk suh g dulu nati hubby terus laa ke hosp dan akhirnya aku mgalah. Aku smpai di hosp pd kul 9.45pg dan terus menuju ke wad bersalin. Di sni aku ditempatkan di katiL smtra tuk doc buat pemeriksaan. Hasilnya, doc mgesahkan bukaan dh mencapai 4cm. kesakitan yg aku rasa skrang ni mmg teramat laa sgt. Cam nk putus pggang aku ni. Kain sarung yg aku pakai dah basah kuyup dh. Tpkan sempat lagi bercakap ngan my SIL. Hubby aku pun dah smpai tp dia xleh msk lg. selang beberapa minit pas2 doc check la dan bukaan dh 5cm. kata doc cepatnya cam bukan nk beranak anak sulung. Kul 11.35 aku tolak masuk ke labour room. Nurse bertanya pada ku sapa yg nk suruh masuk. Suami or emak. Cepat2 aku jwb husband! Smbil menunggu hubby masuk aku diarah tukar baju… wah, pakai baju hosp, kaler putih lagi. Selang beberapa minit, hubby dah di depan aku. Aku bersalam dgnnya memohon keampunan. ‘b, ampunkan ayang yea, maafkan atas semua kesalahan sama ada sngaja atau tidak. Halalkan segala2nya…’. Hubby aku mgangguk dan mencium pipi ku… genggaman tgk kami semkin erat bila kontraksi dtg. Terkeluar jgk laa suara mnhan kesakitan. Aku tgk jam di dinding yg terletak btl2 di atas kepala ku. Aku tgk jam dh kul 12pm. Hah, tghari jgk laa ank aku ni lahir. Erm sama la dgn aunt dia nati (aku yg num 2). Smbil menahan berperang dgn kesakitan aku tgk muka hubby dh pucat dh. Katanya dia xsggup nak tgk kesakitan itu. Plak 2 de menjerit bila buat kali ke2 aku merasai betapa sakitnya bila de wayar dimasukkan tuk mmbuang air kencing….arggghhhhhhhhhhhhhh….sakitnya. aku xnk lg merasai kesakitan tu. Oppsss… lupa lak aku nk gtau masa bukaan mcecah 5cm aku memberitahu doc (wan aina namanya. Cun giler dia. Muda lg, putih lak 2) aku mitak nk ubat epidural tp malang seribu kali malang katanya dh xsempat lg nk mskkan ubat 2. Bermakna aku akan merasai sepenuhnya kesakitan nak bersalin 2….
12.20pm…kesakitan terus dirasai. Nursu tetap sabar mlayan aku n memberikan aku tips. Dalam pd 2 hubby aku terpaksa di bawa keluar setelah keadaan yg xmampu lg bertahan utk terus menemani aku. Dan mama msk mggantikan hubby. Ma masuk jer dok sebelah aku smbil menyuruh aku berselawat…… arghhhhhhhh, aku dah rasa ade benda yg nak keluar ni. Kata ma dah nmpak kepala anak ku itu…..aku cuba meneran smbil telinga mendengar doc ckp push byt push………… ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm……. Dan hmpir separuh kepala anak ku dah keluar tp aku TERbehenti meneran dan menyebabkan kepala baby masuk ke dalam plak. Aku seolah2 dh kehilangan tenaga. Mana xnya sebelum ke hosp aku Cuma smpat mkn 3suapan nasi jer. Air pun xsmpat nk minum…. Bila konstraksi dtg aku meneran lg buat kali ke2……errrrmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm, baby xkeluar gak. Masuk kali ke3 aku tarik nafas, pegang kaki, berselawat dan dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim…….aku meneran sesgguh ati errrrmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm dan akhirnya nurse sudah berada di tepi ku sambil memegang bayi ku sambil aku dpt merasai pelukan erat dr mama aku lantas aku mendongak melihat jam di dinding aku nmpak seolah2 kul 12.45 tp sebenarnya 12.43… w’pun dah kehilangan tenaga aku masih mampu bertanya kan pada nurse 2 ‘nurse, anak saya girl or boy?’ dan nurse menunjukkan pada ku jantina anak ku…alhamdulillah, anak saya girl dab sempurna sihatnya.’ ‘ma dpt cucu girl’. Tanpa sedar de titisan air mata mengalir di pipi ku….terima kasih Ya allah. Lantas bayi ku dihulurkan pada ku…kini berada di ats dada ku. Sekali lagi dengan lafaz bismillahhirrahmanirrhim…aku mmberi salam ‘assalamualaikum sayang’ dan terkebil mata anak ku. Sementara uri dibuang anak ku masih bersama ku. Haa…apa lg bg dia minum susu laa. Setelah uri dibuang saat2 menakutkan dtg lg…nk tau pe???jengg2x….kdg aku trpk gak ok gak aku xsmpat nk amik epidural sekurang2nya aku boleh merasai sepenuhnya NIKMAT KESAKITAN NAK BERSALIN.

Aku masih ingat citer ‘ema’ masa jahit mmg menyakitkan so aku cepat2 gtau nurse ‘saya nak bius’ so masa dorang dok jahit2 aku xrasa pape laa…. Aku dapat lihat camne jarum yg dorang pakai, camne benang yg dorang guna……eeeeeeee, memang menakutkan……eeeeeeee, takutnya. Tuk mghilangkan rasa takut 2 aku melayan laa anak aku yg masih di atas dada ku. Ku lihat mata, hidungnya,telinga, mata, rambut dan alhamdulillah sempurna semuanya. Ee, kdg2 terpikir gak aku camne la aku mmpu tempuh semua 2. Dulu2 mmg aku takut nk rasai sume ni…. Jahit2 ni kalo xbius mmg xterkata laa sakit 2. Yelah dorang jahit 2 cam nak jahit BAJU lak…eee, ngeri aku.bila selesai semuanya, anak ku di ambil tuk dimandikan dan di pakaikan baju…. Xlama kemudian, nurse dtg lg dan kini anak ku dah berbaju… ‘NAK, BAJU YG FIRST ANAK PAKAI NI AKAN MUMMY SIMPAN SMPAI BILA2’. Kul 3.30 aku ditolak masuk menuju ke wad yg akan menempatkan aku n baby nati. Xsabar nya nk tunjuk my baby kat daddy dia. B, SEMOGA KEHADIRAN ANAK INI AKAN TERUS MMBERI KEBAHAGIAAN PADA KITE. Smpai di wad 25 9 (wad ni menempatkan ibu2 yg lepas bersalin semntra dibenarkan pulang) dar jauh aku lihat wajah xcited hubby, ma n pa. sewaktu anak ku di azankan rasa sebak menyelubungi hati n perasaan ku…. KINI AKU BERGELAR MUMMY DAN HUBBY KU BERGELAR DADDY UTK NAMA KAMI BER2 YANG DIBERI NAMA…. WAN AISY MAWADDAH BINTI WAN MOHD ERWAN KAMARUDDIN YG MMBERI MAKSUD AISY –KEMAKMURAN , MAWADDAH -KASIH SAYANG. MySpace


ini laa aisy after 3hours dilahirkan...



lama dh x

wah....dah lama aku xupdate blog ni